Saturday, 22 September 2012

Perasmian UTC Pudu Sentral Kuala Lumpur


Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pudu Sentral, Kuala Lumpur, telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato 'Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, hari ini, 22 September 2012, 9.00 pagi. Dengan perasmian tersebut maka yang dahulunya Puduraya Kuala Lumpur, kini ditukar kepada UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur atau Pusat Transformasi Bandar, Pudu sentral, Kuala Lumpur. Di UTC terdapat pejabat-pejabat agensi kerajaan dan swasta  serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO). Tuan/puan dijemput mengambil peluang berurusan di kawasan yang berhampiran terutamanya yang menaiki laluan LRT: laluan pergi balik Sentul-Ampang atau Sentul-Sri Petaling.





No comments:

Post a Comment