Sunday, 21 October 2012

Kawan Dan Musuh


Kita wajar mengeratkan persahabatan dengan kawan dekat atau jauh dan berbaik-baiklah dengan musuh sama ada yang nyata atau prasangka. Ini bererti bahawa persahabatan dengan kawan hendaklah kita eratkan manakala kepada musuh pula hendaklah ditunjukkan keperibadian yang baik dan jujur agar musuh itu akan bertukar menjadi kawan.

Seseorang yang mempunyai kawan tetapi semuanya memiliki cara berfikir yang tidak baik atau seseorang yang tidak berfikir baik-baik apabila membuat sesuatu keputusan dan sentiasa berubah-ubah dari keputusan yang telah dibuat. Maka keputusan yang tepat adalah berfikir dan meneliti sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.



No comments:

Post a Comment